Saturday, December 26, 2015

2

Sekuat mana pun angin bertiup
Tidak akan berterbangan rindu ini
Seterik mana pun bahang matahati
Tidak akan terbakar rentung sayang ini

Aku hanya seorang perempuan
Yang selalu ingin disayangi dan dihargai
Namun aku tak perlu sayang ajnabi itu
Kalau ajanabi itu bukannya kamu

Bukan aku ingin melawan takdir
Tapi saat ini hanya kamu yang kuingini
Biar pun ku tau untuk bersamamu
Bukanlah suatu perkara yang mudah

Andai saat itu tiba kelak
Akan ku belajar untuk lepaskan
Lepaskan apa yang bukan akan jadi milikku
Lepaskan apa yang tak mampu ku pertahankan

Friday, December 18, 2015

Ragam manusia

Kdang2 trdetik dalam hati..megapa perlu pentingkan diri sekiranya boleh memudahkn keja or beban org lain..tpi kini ku sedar bahawa manusia ni pelbagai ragam..maybe their selfishness yg mmbuatkan mereka berbeza drpd org lain kn..

human is special becuz they had brains and feeling compare to other living things..so as a human being why we don't use our mind and follow our heart wisely..sometimes be selfless but jgn la sampai memudaratkan diri sndri..we need to love ourselves first before we can love others..

Sunday, December 13, 2015

1

Detik-detik berlalu bagaikan mengerti
Erti sarat rindu yang tersimpan
Setiap langkah diambil bagaikan memahami
Makna sayang yang tak terungkap

Andai aku mampu mengungkapkannya
Pasti semua itu tidak terjadi
Andai aku mampu buat kau mengerti
Pasti bahagia itu masih ada

Kini hanya doa mampu ku titipkan
Saat dirimu hadir dalam ingatan
Hanya senyuman mampu ku ukirkan
Saat aku merindui memori itu