Wednesday, September 7, 2011

BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….






  1. Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...
  2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  3. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu… 
  4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
  5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
  6. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel  Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
  7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
  8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
  9.  Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
  10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
  11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
  12. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...
  13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  16.  Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  17.  Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  18.  Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
  19.  Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
  20.  Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

    HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

    Saturday, August 20, 2011

    cinta dan doa


    Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
    cintakanlah aku pada seseorang yang
    melabuhkan cintanya pada-Mu,
    agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu

    Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
    jagalah cintaku padanya agar tidak
    melebihi cintaku pada-Mu,

    Ya Allah, jika aku jatuh hati,
    izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
    yang hatinya tertaut pada-MU,
    agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

    Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
    jagalah hatiku padanya agar tidak
    berpaling dari hati-Mu.

    Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
    rindukanlah aku pada seseorang yang
    merindui syahid di jalan-Mu.

    Ya Allah, jika aku rindu,
    jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
    merindukan syurga-Mu.

    Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
    janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
    di sepertiga malam terakhirmu.

    Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
    jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
    menyeru manusia kepada-Mu.

    Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
    jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
    pada cinta hakiki
    dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

    Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
    telah berjumpa pada taat pada-Mu,
    telah bersatu dalam dakwa-Mu,
    telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

    Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
    kekalkanlah cintanya.
    Tunjukilah jalan-jalannya.
    Penuhilah hati-hati ini
    Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

    Lapangkanlah dada-dada
    kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
    bertawakal di jalan-Mu
    ( Syed Qutb )

    Wednesday, July 27, 2011

    ORANG MUDA BARU KAWEN~





    Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.

    Eiiiii… geramnya aku!!! Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…” Eiii… geramnya aku!!! Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!.. Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa hanset… hehe..

    ” Eiiii… geramnya aku!!!! Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa. Aku pun confius. Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan??….

    ” Eiii… geramnya aku!!! Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”… Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!

    Eiii… geramnya aku!!! Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng3.. Huishh siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini: Kehadapan isteriku, Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi Pertama sekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. Ehawak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat… Iskk.. Awak ni.. tak perasan ke?? Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh. Memang saja je saya tak mau bawa hanset time tuh… hihi.. Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi… Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Keempatnya time keta awak rosak… hmm. Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih… “Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^) Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
     p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi 
    Love, Suamimu

    p/s:bez kan cternya...jgn cpt slah sngka ya..

    Aku menyesal kawin...



    Tuah Mohd Bakheet
    Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

    Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

    Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

    Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

    Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

    Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

    Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

    Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

    Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

    Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

    Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!


    Buat isteriku yang comel dan tercinta
    Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
    Boleh la abang bangun awal-awal pagi
    Then kita solat Subuh sama-sama..

    Tapi kalu abang tak bangun gak,
    ayang cubit je pehe abang
    abang xkan murka..
    Lagi abang sayang ade la..

    Buat isteriku yang comel dan tercinta
    Terima kasih kerana jaga makan minum abang
    Tengok skarang abang da nak gemok da
    Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

    Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
    Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
    Jangan bimbang atau ragu okeh,
    Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

    Buat isteriku yang comel dan tercinta
    Terima kasih kerana tolong iron baju abang
    Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
    Jangan risau la nanti abang potong rambut..

    Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
    Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
    Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
    Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!


    p/s: ny pn curi dr blog owg...huhuhu...enjoy... 

    7 GOLONGAN REMAJA

    Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadith yang mafhumnya:
    “Tujuh golongan yang akan Allah naungi pada hari di mana tidak ada naungan selain dari naungan-Nya yaitu pemimpin yang adil, pemuda yang masa hidupnya taat kepada Allah, laki-laki yang hatinya senantiasa terikat dengan masjid, dua orang yang mencintai karena Allah, bertemu dan berpisah karena-Nya, seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang cantik dan memiliki kedudukan, namun ia berkata: sesungguhnya aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya tersebut hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya dan seseorang yang mengingat Allah di waktu sendiri hingga meneteslah air matanya.” ( HR Bukhari Muslim ).

    p/s: culik dr blog owg...heheheh tp xslah kan nk brkongC...

    Wednesday, July 20, 2011

    Orang yg bercinta akan hilang kemanisan cinta itu sekiranya terlalu byk bersms atau berjumpa. Biar sedikit atau tak cukup krn di dalam yg sedikit itulah terpelihara apa yg dikatakan "kemanisan". Umpama segelas air sudah cukup bermakna buat mereka yg kehausan tp hilang maknanya apabila diteguk banyak berjag2...^_^

    Friday, July 15, 2011

    semangat babe...

    sushnya brpisah  ma owg ta syg tp pa leh wt...cita2 kena kjar luk kn...kalo ada jdoh xkn ke mana kn...whatever ar..aq mlas nk fkir sal 2 dha...skg fokus tuk exam....EXAM tnggu kedtgan kmi...hahaahaha...sdih mang sdih tp skli ta dh brpish ta still leh jd kwn kn...even though ta xpena jd kwn sblum..ayuh smua kita bka lmbaran baru...lpakn yg dlu or jdikn pngajaran spya msa akn dtg leh brubh jdi lbih bek...huhuhu...skg assgmnt dh brlambak..mw wat tp godaan tnguk movie kuat tul...hehehehe...t saat2 mw hntr bru cbuk2 nk wat smpi xtdo mlm...ish3...yg ting skg nk enjoy ar bru bljar...leh ka 2.????