Tuesday, June 8, 2010

RumaH ImpiaN

Lampu yg terang benderang tiba2 trpadam...Suasana menjadi sepi...Ow...rupa2nya bekalan elektrik trputus...Tetapi suasana di rumah itu tetap bingit..Si ayah dan anak2nya leka bermain domino...Bahagia sungguh mereka...Hatiku tiba2 berasa sedih mengenangkan hidupku yang masih kosong tanpa kasih sayang...Alangkah bahagianya mereka bisa tertawa bersama2 dengan keluarga yang di cintai...Aku hanya dapat melihat dari jauh...Keluargaku telah pergi meninggalkan ku sejak aku kecil...Mereka terlibat dalam nahas kapal terbang ketika dalam perjalanan untk melawat aku...Sejak itu aku sering dihantui rasa bersalah...Sekiranya mereka tidak datang untuk melawat aku pasti sekarang aku masih bersama mereka...Mereka pasti akan bangga dengan pencapaianku sekarang...Aku telah menjadi seorang jurutera yg berjaya dan terkenal di seluruh dunia tapi aku tak dapat berkongsi kejayaanku bersama2 orang yg aku sayangi...Mungkin benar kata orang...tak semua yg kita mahu akan kita dapat...
Setiap hari hidupku hanya berkaitan dengan kerja sahaja...Sehingga lah pada hari itu...Hidupku terus berubah apabila aku disahkan menghidapi kanser...Aku berasa begitu kecewa kerana aku hanya dapat hidup untuk beberapa bulan sahaja...Baru ku sedar...hidupku selama ini tidak pernah di isi dengan kegembiraan..Hari2 dalam hidupku berlalu begitu sahaja tanpa apa2 dan aku pasti bila aku sudah tiada...Aku akan dilupakan dan tiada yang akan merindui aku lagi...Mulai sekarang aku bertekad untuk mengubahnya...Aku akan isi hidup ku dengan kegembiraan..aku tak mahu lagi bersedih...

Sejak hari itu aku menjadi sukarelawan di Rumah Impian...Di situ hidupku dipenuhi dengan gelak tawa dan kebahagian...Kanak-kanak di sini berasal daripada pelbagai jenis budaya...kebanyakkan mereka memang tinggal di sini sejak bayi lagi...Ada yang dibuang atau ditinggalkan oleh keluarga mereka sejak mereka kecil lagi malahan ada yang senasib dengan ku...Aku mula mengenali hidup susah payah sejak menjadi sukarelawan di sini...Selama ini hidupku dilimpahi kemewahan kerana aku berasal dari keluarga berada...Hidupku semakin ceria apabila aku mula rapat dengan budak2 di sini...Mereka juga senang dengan kehadiranku kerana aku selalu menghabiskan masa bersama mereka tetapi sampai sekarang tak ada sesiapa yang tahu tentang penyakitku...


Di Rumah Impian ini aku telah bertemu seorang budak yang mengajar aku tentang hakikat hidup...Dia selalu tersenyum dan mengembirakan orang lain...Tak pernah ku lihat dia bermasam muka atau bersedih...Aku pernah bertanya padanya..."Nur...Nur tak rindu ka pada family Nur"...Dia hanya menjawab dengan seyuman.."Rindu lah bang tapi dorang tak rindu saya pun..tapi buat apa saya mahu bersedih...hidup kan hanya sekali...jadi kita mesti laluinya dengan gembira supaya bila kita dah tak ada orang akan tetap ingat kita ebagai orang yang baik..kan abang?"...Tersentuh hatiku mendengar jawapan tulus seorang budak yang masih polos itu..Aku hanya dapat mengangguk kepala mengiakan jawapannya...


Saat itu aku terfikir sedangkan budak yang masih kecil menghargai kehidupan...kenapa pula aku tidak...Mulai saat itu,,aku tahu aku perlu memastikan rumah2 kebajikan seperti Rumah Impian ini tidak hanyut hilang ditelan masa begitu sahaja...Oleh kerana itu aku ingin menyerahkan separuh daripada hartaku pada Rumah Impian apabila aku menutup mata untuk selamanya..Hari demi hari berlalu...kesihatanku semakin teruk...Jarang sekali aku dapat melawat Rumah Impian...Apabila aku ke sana mereka sering bertanya kenapa muka ku semakin pucat...Aku hanya tersenyum dan menjawab..."tak adalah..abang sihat2 saja lah.."


Tetapi sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh ke tanah jua...Aku pengsan di Rumah Impian hari itu...Saat itu semua rahsiaku terbongkar...Pengetua di Rumah Impian telah mengetahui tentang penyakitku...Semua ahli Rumah Impian berasa sedih...Aku tak sanggup melihat kesedihan di wajah mereka...Tanpa ku sedari..air mataku jatuh sendiri apabila mereka menghadiahkan aku sekeping kad yang penuh dengan ucapan "semoga cepat sembuh" dari ahli2 Rumah Impian...Kini aku mula berasa bahawa aku tidak keseorangan di dunia ini...Aku mula rasa disayangi lagi..

Sekarang aku dapat menutup mata sambil tersenyum kerana aku pasti masih ada orang yang akan mengingatiku bila aku sudah tiada...Mataku semakin berat dan nafasku beransur2 hilang...Perlahan-lahan mataku tertutup dan semakin gelap...Selamat tinggal semua...Selamat tinggal keluarga baruku dan selamat tinggal Rumah Impian..

No comments:

Post a Comment